Graduates’ Confirmation

Akuan Graduan

Permohonan

  1. Pemohonan surat akuan hanya boleh dibuat oleh graduan (pelajar yang telah konvokesyen) sahaja.
  2. Borang permohonan boleh dimuat turun di SINI
  3. Pelajar dalam pengajian tidak dibenarkan memohon surat akuan di Bahagian Pengurusan Akademik.

 

Pemprosesan

  1. Surat akuan akan dikelaurkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris bergantung pada permohonan pemohon.
  2. Permohonan akan diproses mengikut giliran dalam tempoh 5 hari bekerja bagi pelajar kemasukan tahun 2000 dan ke atas manakala pelajar kemasukan sebelum tahun 2000 akan diproses dalam tempoh 2 minggu.

 

Tuntutan Surat Akuan

  1. Pemohon boleh memilih untuk mengambil sendiri surat akuan di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik atau dihantar melalui pos.
  2. Pemohon boleh mewakilkan kepada pihak ketiga untuk mengambil untuk mengambil surat akuan yang dimohon di kaunter dengan mengemukakan surat kebenaran wakil.
  3. Permohonan untuk dihantar melalui pos, hanya poskod Malaysia sahaja yang diterima untuk diposkan. Bagi poskod selain poskod Malaysia, kadar bayaran pos adalah seperti Jadual 1.

 

Peraturan dan Syarat Lain.

  1. Surat akuan tidak akan dikeluarkan kepada pemohon yang masih berhutang dengan Universiti.
  2. Adalah mengjadi tanggungjawab pemohon untuk menguruskan sendiri penghantaran surat akuan sama ada melalui pos, e-mel atau pun faksimili kepada mana-mana pihak ketiga yang memerlukan surat akuan tersebut.
  3. Pihak universiti hanya mengeluarkan surat akuan bercetak kepada pemohon, sebarang permohonan utuk di e-mel atau faksimili surat akuan tersebut adalah tidak dibenarkan.

 

Jadual 1

No. Negara KADAR
1. Negara Asean, China, India, Bangladesh, Nepal, Hong Kong, Taiwan Dan Pakistan 20.00
2. Lain-Lain Negara 30.00

*Pengeposan adalah menggunakan pos berdaftar Pos Malaysia Berhad

 

Bahagian Pengurusan Akademik

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Aras Bawah, Wing A

Blok F54

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Johor Bahru

Johor Darul Ta’zim, Malaysia